Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Gambar lembu masuk rekod

5112013-sapi-lembu

Mumbai: Polis sebuah bandar di barat India mengarahkan pemilik lembu menyediakan gambar wajah haiwan mereka bagi membantu menguatkuasakan undang mengharamkan penjualan daging lembu.

Penguasa bandar terbabit, Sunil Kadasne berkata, setakat ini hampir 100 petani dan pemilik lembu di Malegaon sudah memberikan gambar berkenaan berserta maklumat mengenai lembu mereka.

“Selepas undang-undang ini dikuatkuasakan, penyembelihan secara komersial rata-rata berjaya dihentikan namun program ini akan membantu usaha kami menghentikan pembunuhan haiwan dengan menjejaki kes pencurian binatang peliharaan secara lebih cepat,” katanya.

Kerajaan negeri Maharashtra mengharamkan penyembelihan dan penjualan daging lembu Mac lalu.

Mereka yang hanya memiliki daging lembu juga boleh dipenjara lima tahun.

Menteri Dalam Negeri Rajnath Singh memberitahu ketua agama kerajaan nasionalis Hindu akan memberikan yang terbaik bagi menguatkuasakan undang-undang mengharamkan penyembelihan dan memakan daging lembu di India.

Kadaesne berkata, permintaan untuk mendapatkan maklumat mengenai rekod pembelian dan alasan memelihara haiwan itu bertujuan mengurangkan ketegangan antara penduduk Muslim dan Hindu.

“Sebaik kami memperoleh rekod mengenai lembu itu, mudah bagi kami menjalankan siasatan terhadap laporan yang boleh mencetuskan kekacauan kaum,” katanya.-AFP

Komen


Berita Berkaitan