Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sekeping Gambar Dalam Twitter Selamatkan 3 Beradik

gambar

New Delhi – Kejam. Seorang bapa yang juga seorang duda, sanggup meninggalkan tiga anaknya yang masih kecil di stesen keretapi. Nasib baik seorang lelaki telah menyelamatkan kanak-kanak berkenaan menerusi media sosial.

Lelaki itu sempat merakamkan gambar Rahnuma, 7, Raja, 5, dan Sanya, 4, tidur sambil berpelukan di stesen berkenaan sebelum memuat naik dalam Twitter.

“Bolehkah sesiapa membantu kanak-kanak ini di Stesen Keretapi New Delhi berhampiran platform 16,’’ ujarnya dalam mesej di Twitter.

Dia terpaksa berbuat demikian kerana tidak sempat bercakap dengan kanak-kanak berkenaan disebabkan kesuntukan masa, dan berharap dengan memuatnaik dalam Twitter, sekurang-kurangnya ada orang yang akan membantu kanak-kanak terbabit.

Tweet berkenaan kemudiannya menjadi viral dan nasib baik ketua polis di situ, Madhur Verma menerima mesej berkenaan Dia kemudian mengarahkan kakitangannya mencari kanak-kanak terbabit.

Selepas sejam, tiga beradik itu ditemui dalam keadaan kesejukan, ketakutan dan kelaparan.

Menurut Verma, bapa kanak-kanak itu telah bercerai dan dia meninggalkan mereka di situ dengan alasan ibu mereka akan mengambil kanak-kanak tersebut di situ.

Namun katanya, apabila polis membawa kanak-kanak berkenaan ke rumah ibu mereka, wanita itu memaklumkan bahawa anaknya menetap bersama bekas suaminya dan dia juga tidak mengetahui mengenai perkara berkenaan.

Polis kini sedang mengesan lelaki itu untuk soal siasat.

Sumber : mynewshub.cc

Komen


Berita Berkaitan