Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Gambar: Ahli Keluarga Mangsa Pesawat AirAsia QZ8501

keluarga aa

Keluarga penumpang pesawat AirAsia QZ8501 yang hilang ketika dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura pagi ini mula berkumpul di Lapangan Terbang Juanda, Surabaya.

Biarpun status pesawat yang dilaporkan terputus hubungan antara Belitung Timur dan Pulau Kalimantan masih belum dapat dipastikan, namun ahli keluarga yang terkejut dan bersedih sudah mula memenuhi lapangan terbang di Surabaya.

Menurut laporan Kompas.com sehingga 11.30 pagi waktu Indonesia barat, sejumlah keluarga penumpang mulai mengunjungi pusat kawalan krisis di Terminal 2 lapangan terbang Juanda, Surabaya.

Sekitar lima orang anggota keluarga kelihatan sesenggukan dan sebahagian daripada mereka tidak dapat ditemu bual kerana masih bersedih.

sad

Seorang daripada ahli keluarga mangsa tidak dapat menahan kesedihan di Lapangan Terbang Juanda

sad2

sad4

Mereka sehingga kini masih menunggu bagi mendapatkan maklumat mengenai nasib menimpa orang kesayangan mereka selepas menaiki pesawat tersebut.-MYNEWSHUB

Komen


Berita Berkaitan