Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,655

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Gali semula kubur suspek pengganas

9:52am 04/04/2016 Pak Roshan 2786 views Global
GAMBAR fail, anggota keluarga Siyono mengusung kerandanya untuk dikebumikan 14 Mac lalu.

GAMBAR fail, anggota keluarga Siyono mengusung kerandanya untuk dikebumikan 14 Mac lalu.

Jakarta: Kubur seorang suspek pengganas yang mati ketika dalam tahanan unit antikeganasan polis, Densus 88, digali semula untuk dibedah siasat, kali ini oleh doktor yang ada hubungan dengan Muhammadiyah, pertubuhan Islam kedua terbesar di negara itu.

Siyono yang juga dikenali sebagai Sriyono, 34, mati 10 Mac lalu ketika dibawa anggota Densus ke satu lokasi di Yogyakarta, tempat dia dilapor menyembunyikan senjata.

Polis berkata, ketika dalam perjalanan, Siyono menyerang dua anggota keselamatan yang mengiringinya.

Pergelutan berlaku di dalam kereta dan kepala Siyono dikatakan terhentak.

Kecederaan di kepalanya yang menyebabkan dia mati, kata polis.

Tidak puas hati dengan penjelasan itu, isteri Siyono, Suratmi meminta bantuan Muhammadiyah, pertubuhan yang mempunyai ramai ahli di Yogyakarta dan sekitar Jawa Tengah, termasuk bandar asal Siyono, Klaten.

Menurut Suratmi, polis memberinya dua sampul berisi wang apabila dia ke Jakarta untuk mengambil jenazah suaminya.

Dia kemudian menyerahkan sampul berkenaan kepada pertubuhan itu.

Pegawai Muhammadiyah Dahnil Anzar Simanjuntak berkata, pihaknya bersetuju untuk menyiasat kematian Siyono dan melakukan bedah siasat kedua ke atas mayat suspek.

“Bedah siasat dilakukan oleh sembilan pakar forensik yang dibentuk oleh Muhammadiyah dan beberapa universiti Muhammadiyah,” kata Dahnil.

Dalam pada itu, khemah dikatakan dipasang di pusara Siyoni di Kampung Pogung di Klaten. Beberapa anggota Suruhanjaya Kebangsaan bagi Hak Asasi Manusia juga hadir.

Kira-kira 1,000 anggota sayap pemuda Muhammadiyah dikerah untuk mengawal proses berkenaan berikutan ancaman terhadap keluarga Siyono jika mereka meneruskan bedah siasat kedua itu.

Ketua kampung terbabit sebelum ini dikatakan memberi amaran, sekiranya bedah siasat kedua itu diteruskan, pihaknya akan memindahkan pusara Siyono dari kampung itu.

Dia juga dilapor mengancam mengusir keluarga Siyono. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan