Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,694

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Galeri Borneensis UMS, pusat ilmu warisan alam dibuka kepada orang ramai

8:34pm 13/03/2016 Leolerry Lajius 99 views Tempatan
Tun Zaki (tengah) bersama para jemputan yang lain dan juga pihak pelaksana serta penganjur program tersebut mengambil gambar di hadapan Galeri BORNEENSIS yang mula dibuka kepada orang ramai.

Tun Zaki (tengah) bersama para jemputan yang lain dan juga pihak pelaksana serta penganjur program tersebut mengambil gambar di hadapan Galeri BORNEENSIS yang mula dibuka kepada orang ramai.

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) anjurkan Program Rakan BORNEENSIS kali ke dua pada tahun ini sebagai salah satu platform untuk mendidik dan memberikan pendedahan kepada para pelajar amnya dan masyarakat khususnya mengenai alam sekitar dan kepentingannya.

Menurut Naib Canselor UMS Datuk Prof. Dr. Mohd Harun Bin Abdullah, BORNEENSIS merujuk kepada koleksi rujukan bagi flora dan fauna di borneo yang bertujuan untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran di kalangan rakyat Malaysia mengenai warisan alam semuljadi.

“Sabah sememangnya sudah terkenal sebagai ‘biodiversity hostspot’ utama di dunia dan ia memiliki kawasan pemuliharaan terbesar di Malaysia dengan keluasan lebih 400,000 hektar.”

“Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan (IBTP) UMS,sebagai salah sebuah pusat kecemerlangan UMS  memikul tanggungjawab untuk menyerlahkan kemantapan penyelidikan dalam bidang pemuliharaan biodiversiti dan juga keberkesanan dalam pendidikan alam sekitar untuk masyarakat setempat dan antarabangsa,” katanya ketika berucap merasmikan program tersebut, di sini, hari ini.

Pada majlis yang sama, Pengerusi Lembaga Pengarah UMS Tun Dato’ Seri Zaki Bin Tun Azmi turut merasmikan Galeri BORNEENSIS yang akan mula dibuka kepada orang ramai dengan kadar bayaran RM5.00 hingga RM10.00.

Menurut Tun Zaki, pembukaan galeri tersebut merupakan salah satu platform untuk memberikan peluang kepada orang ramai untuk melihat sendiri kepelbagaian biodiversiti yang secara tidak langsung juga sebagai pusat pendidikan yang penting mengenai alam semula jadi.

Seramai 30 orang peserta daripada SM All Saints, SM St. Micheal, SMK Likas, SMK Tebobon dan SMK Arshad menyertai program ini.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Tun Zaki menyampaikan sijil penyertaan kepada salah seorang peserta program tersebut.

Tun Zaki menyampaikan sijil penyertaan kepada salah seorang peserta program tersebut.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan