Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Galak pelabur Amerika Syarikat di Sabah

KOTA KINABALU: Lebih ramai pelabur dari Amerika Syarikat akan diberikan pendedahan mengenai peluang pelaburan di Sabah.

Menurut Duta Besar Amerika Syarikat​ ke Malaysia, Kamala Shirin Lakhdir​,​ sesuai dengan keadaan dan pembangunan di Sabah, pendedahan akan diberikan kepada syarikat dari Amerika.

“Amerika mempunyai hubungan baik dengan negara ini dalam pelbagai aspek seperti ekonomi, pelancongan dan perhutanan.

“Hubungan baik ini kami harap dapat dikekalkan dan dipertingkatkan lagi agar kerjasama antara dua negara dapat diperkukuhkan.

“Bagi sektor ekonomi, pihak kami akan menjelaskan kepada syarikat-syarikat sedia ada dan juga yang berminat melabur, tentang peluang pelaburan yang terdapat di Sabah.

“Setakat ini, beberapa syarikat sudah terlibat dalam beberapa sektor di sini seperti dalam sektor minyak dan gas,” katanya ketika ditemui media selepas​ membuat​ kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima ​Mohd. ​Shafie Apdal di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, tengah​ h​ari Khamis.

Beliau yang hadir bersama rombongan berkata, kunjungan itu bertujuan untuk menyampaikan ucapan tahniah atas kemenangan kerajaan memerintah yang baharu serta membincangkan mengenai kerjasama yang diinginkan.

Dalam pada itu, Kamala menzahirkan keterbukaan Amerika dalam kerjasama meningkatkan perlindungan hidupan liar, pendidikan dan keselamatan di Sabah.

​Hadir sama Timbalan Ketua Menteri, Christina Liew yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah.​/PENERANGAN​-​

Kamala (kiri) menerima cenderakenangan daripada Shafie (kanan).

Komen


Berita Berkaitan