Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Gaji minimum tidak boleh terlalu tinggi – PM

PENGERUSI Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tun Dr Mahathir Mohamad bercakap ketika sidang media di Menara Yayasan Selangor. – Foto Asyraf Hamzah

 

PETALING JAYA: Penetapan gaji minimum berkadar RM1,050 untuk Semenanjung, Sabah dan Sarawak dibuat bersandarkan kedudukan kewangan negara, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, kerajaan menyedari hakikat bahawa pelbagai pihak menyuarakan supaya kadar itu ditetapkan pada RM1,800 dan RM1,500 sebulan.

Bagaimanapun, katanya, percaturan sedemikian tidak boleh dilaksanakan kerana kerajaan ketika ini berdepan situasi sukar membabitkan keutuhan kewangan negara.

“(Peruntukan) yang sepatutnya ada digunakan untuk bayar hutang dan bunga berjumlah besar, sebab itu kita tidak tingkatkan perbelanjaan kerajaan (untuk penetapan gaji minimum dan menyalurkan subsidi).

“Apabila ingin bersaing dengan negara lain, kita tidak boleh (tetapkan gaji minimum) terlalu tinggi kerana negara boleh hilang kelebihan daya saing,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan, di Menara Yayasan Selangor, di sini hari ini.

Pada Rabu lalu, Dr Mahathir mengumumkan kadar gaji minimum baharu ditetapkan pada RM1,050 sebulan atau RM5.05 sejam bagi seluruh negara berkuat kuasa 1 Januari 2019.

Keputusan kerajaan itu bagaimanapun menerima pelbagai maklum balas daripada persatuan pekerja, majikan dan penggiat industri perkhidmatan.

Setiausaha Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan, semalam dilaporkan berkata, harga barang di pasaran dijangka meningkat susulan peningkatan kadar gaji minimum kepada RM1,050 di seluruh negara.

Katanya, kenaikan kadar tanpa penyaluran subsidi daripada kerajaan itu akan meningkatkan perbelanjaan operasi (OE) syarikat, justeru pertambahan itu terpaksa disalurkan kepada pengguna. – BH Online

Komen


Berita Berkaitan