Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,728

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Gajah sesat mengamuk tengah pekan

9:57am 11/02/2016 Pak Roshan 954 views Global
Gajah liar yang tersesat ke kawasan pasar yang sibuk di Siliguri. - Foto Twitter/Indrajit Kundo

Gajah liar yang tersesat ke kawasan pasar yang sibuk di Siliguri. – Foto Twitter/Indrajit Kundo

Kolkata, India: Seekor gajah liar mencetuskan kegemparan apabila mengamuk di pekan Siliguri, Bengal, di timur India dengan merosakkan rumah, merempuh rumah dan kereta hari ini.

Namun, ketika gajah yang ketakutan itu mengamuk, orang ramai berkumpul melihat kelakuannya dari jauh termasuk dari beranda dan atas bumbung, malah ada yang mengikut gajah itu dari belakang.

“Gajah itu ketakutan dan cuba mencari jalan pulang ke dalam hutan,” kata seorang penduduk, Papaiya Sarkar, 40.

Gajah betina itu tersesat dari hutan di Baikunthapur, menyeberang jalan dan satu sungai kecil sebelum memasuki pekan Siliguri dan pihak berkuasa percaya ia terpisah dari kumpulannya serta mencari makanan.

Gajah itu tidak menyerang manusia tetapi kelihatan takut dan selepas beberapa jam, haiwan itu ternyata gagal mencari jalan pulang ke hutan.

Pihak berkuasa menembak pelali dan menggunakan kren mengangkatnya ke dalam lori sebelum dibawa ke pejabat jabatan hutan. Haiwan itu akan dibebaskan ke hutan selepas ini. – AP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan