Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,634

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Gajah miang bunuh tuan

9:53am 22/09/2016 Pak Roshan 1903 views Global
SREANG dilambung ke udara, dirodok sebelum dipijak hingga mati.

SREANG dilambung ke udara, dirodok sebelum dipijak hingga mati.

Phnom Penh: Seekor gajah yang digunakan untuk membawa pelancong ke kawasan air terjun popular memijak tuannya hingga mati sebelum melarikan diri ke dalam hutan untuk mengejar seekor gajah betina.

Dalam kejadian minggu lalu, beberapa pelancong yang ketakutan hanya dapat melihat bagaimana haiwan itu melambung Pop Sreang, 55, ke udara, merodok mangsa dengan gadingnya sebelum akhirnya memijak lelaki itu hingga mati.

Ia kemudian meluru ke dalam hutan berhampiran Air Terjun Bousra di daerah Pech Chreada di Mondulkiri, wilayah pedalaman Kemboja untuk mengejar seekor gajah betina.

Sehingga semalam, haiwan itu masih tidak ditemui.

Ketua polis tempatan, Pich Sotheary berkata, gajah itu dipukul tuannya sebelum ia naik minyak dan mengejar gajah betina itu.

Kejadian bermula apabila Sreang memasuki kandang gajah peliharaannya untuk membawa sekumpulan pelancong ke kawasan air terjun itu.

Menurut laporan akhbar Cambodia Daily, gajah itu naik minyak, menyebabkan Sreang sukar mengawalnya.

Kira-kira 15 anggota polis, keluarga Sreang dan beberapa pelancong melihat bagaimana lelaki itu akhirnya dapat naik ke belakang gajah berkenaan.

Dia kemudian mengetuk cangkuk besi pada kepala haiwan itu dalam usaha mententeramkannya sebelum mula membenarkan pelancong menaiki gajah itu.

“Gajah itu tetap mengamuk, melontar tuannya ke udara. Apabila jatuh, ia merodok mangsa dengan gadingnya dan kemudiannya memijaknya hingga mati. Ia seperti dalam filem,” kata gabenor daerah, Nuon Saron. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan