Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Gajah Mati Kaki Tersepit Di Celah Pokok Cempedak

gajah mati

KOTA TINGGI– Seekor gajah dewasa dilaporkan mati akibat sebelah kakinya tersepit di celah dahan sebatang pokok cempedak di Felcra Dusun Panti, Kota Tinggi pada Khamis lepas.

Haiwan berkenaan dipercayai cuba berpapah pada pokok tersebut untuk mendapatkan buahnya mengunakan belalainya.

Seorang peneroka Mohd Nasir Hashim, 57, berkata gajah itu ditemui terbaring sambil kakinya tersepit pada pangkal pokok tersebut oleh seorang pekerja di dusun itu.

“Melihat pada kesannya, saya percaya semalaman gajah itu cuba melepaskan dirinya namun ia gagal dan mati di situ,” katanya.

Beliau berkata Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara Negeri Johor Bandar Penawar telah diberitahu mengenai perkara tersebut dan menanam bangkai gajah itu di kebun berkenaan.

Difahamkan memang banyak terdapat gajah di tanah rancangan tersebut.

Komen


Berita Berkaitan