Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Gajah liar pygmi Borneo berjaya ditangkap

TELUPID: Unit Penyelamat Hidupan Liar Sabah berjaya menangkap seekor gajah pygmi Borneo kira-kira jam 6.20 petang semalam, selepas diburu selama tiga hari.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, William Baya berkata gajah liar setinggi 2.3 meter itu diburu selepas dipercayai menyerang pasangan suami isteri di Kampung Gambaron dekat sini dalam kejadian pada minggu lepas.

“Gajah terbabit akan dibawa ke Santuari Gajah Borneo (BES) di Kinabatangan bagi membolehkan pihak jabatan memantau tingkah laku haiwan itu sebelum tindakan lanjut diambil,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

BES berkenaan merupakan pusat santuari pertama di dunia diwujudkan yang mampu menampung sehingga 200 ekor gajah dalam satu masa.

Dalam kejadian jam 6.20 pagi Khamis lalu, pasangan suami isteri Khuanyun Basinah, 40, dan Justinah Umpat, 56, dilaporkan cedera selepas diserang seekor gajah liar ketika mereka sedang menuju ke tempat kerja.

Serangan itu menyebabkan Justinah cedera di rusuk kiri, manakala suaminya cedera ringan selepas disondol haiwan liar berkenaan.

Bagaimanapun, kedua-dua pasangan itu bernasib baik apabila jeritan Khuanyun berjaya menghentikan gajah terbabit daripada terus menyerang mereka dan menyebabkan haiwan liar itu lari ke hutan berhampiran.

Menurut penduduk di sekitar kampung berkenaan, biasanya haiwan itu akan lari masuk ke dalam hutan apabila cuba dihampiri oleh penduduk. – Sayangsabah 

IMBAS…. Anggota Unit Penyelamat Hidupan Liar membuat pemantauan di lokasi kejadian pasangan suami isteri diserang oleh gajah liar berkenaan.
IMBAS…. Anggota Unit Penyelamat Hidupan Liar membuat pemantauan di lokasi kejadian pasangan suami isteri diserang oleh gajah liar berkenaan.

Komen


Berita Berkaitan