Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Gajah ‘ceroboh masuk’ penempatan penduduk Felda

gajah

TAWAU: Jabatan Perhilitan diminta segera mengambil langkah wajar berikutan kehadiran seekor gajah betina setinggi kira-kira 12 kaki yang memasuki penempatan penduduk Felda Umas.

Kehadiran gajah terbabit di kawasan penempatan itu dikatakan mula dikesan semenjak minggu lepas dan dikhuatiri kehadiran haiwan itu turut mengundang ancaman keselamatan.

Menurut Pengerusi Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Gugusan Felda Umas Mohd Padeli Ismail, gajah itu sering dilihat memasuki kampung terbabit sekitar jam 3 atau 4 petang dan lebih awal selepas jam 1 petang.

“Selaku penduduk kampung, saya juga berharap Jabatan Perhilitan dapat mengambil tindakan segera untuk mengelak insiden tidak diingini,” katanya di sini kelmarin.

Padeli khuatir gajah terbabit akan bertindak liar secara tiba-tiba ataupun di luar dugaan sehingga membahayakan nyawa penduduk kampung.

Walaupun gajah itu dilihat ‘baik’ setakat ini, namun beliau bimbang keselamatan pelajar tadika yang berhampiran kawasan persinggahan gajah berkenaan mencari makanan.

“Walaupun haiwan itu jinak dan tidak menyerang, tetapi gajah itu sering merosakkan tanaman penduduk kampung dan memakan tanaman penduduk kampung,” katanya.

Mengulas lanjut, Padeli percaya gajah itu terpisah dari kumpulannya kerana ada penduduk yang mendakwa melihat enam ekor gajah sekawan berada di pinggir kampung.

Beliau berkata, Rabu lepas pasukannya yang disertai 11 anggota, polis bantuan dan pengurusan Felda ada mengusir gajah itu tetapi tidak menolak kemungkinan haiwan itu akan datang lagi.

Komen


Berita Berkaitan