Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,642

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Gajah betina punya pasal

10:14am 16/02/2016 Pak Roshan 9 views Global
Gajah jantan yang mengamuk merosakkan kereta selepas tewas merebut gajah berita di Yunnan, China.

Gajah jantan yang mengamuk merosakkan kereta selepas tewas merebut gajah berita di Yunnan, China.

Beijing: Seekor gajah jantan yang patah hati merosakkan hampir 20 kereta di kawasan hutan simpan Taman Negara China di wilayah Yunnan selepas tewas pertarungan dengan gajah jantan lain berebutkan seekor gajah betina, semalam.

Menurut agensi berita Xinhua, renjer taman berkenaan menyatakan gajah yang cemburu itu merayau keluar dari hutan dan merosakkan kereta pengunjung dengan memecahkan cermin atau merosakkan badan kereta melepaskan marahnya.

Gajah yang diberi nama Zhusunya itu merosakkan 18 kereta ketika mengamuk selama sejam dengan orang ramai bertempiaran lari. Difahamkan pemilik kereta terbabit akan diberi ganti rugi.

Ada tidak sampai 250 gajah Asia di China sekarang ini dengan kebanyakannya tinggal dalam hutan di Yunnan yang bersambung dengan hutan Laos, Vietnam dan Myanmar. – AFP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan