Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Gagal siapkan kerosakan saluran kumbahan, kontraktor ditamatkan serta merta

Peter (tiga dari kiri) ketika meninjau lokasi kerosakan saluran kumbahan berkenaan.

KOTA KINABALU: Kontraktor yang dilantik untuk membaiki kerosakan saluran kumbahan di hadapan pusat membeli belah Servay Jalan Tuaran ditamatkan serta merta kerana gagal menyiapkan projek berkenaan dalam tempoh yang ditetapkan.

Menteri Pembangunan Infrastuktur Sabah Datuk Peter Anthony berkata, tanggungjawab membaiki kerosakan saluran kumbahan itu telah diberikan kepada kontraktor berkenaan pada 28 mei yang lalu namun sehingga kini kerja-kerja membaiki kerosakan itu masih belum disambung semula.

“Kita mendapati bahawa kerja kerja ini telah lewat dengan kadar 28 peratus, jadi pada hari ini kita mengambil keputusan untuk melihat kedudukan di kawasan permasalahan ini dan akan mengambil pendekatan untuk membatalkan serta merta kontraktor yang dilantik sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas membuat lawatan di lokasi kerosakan saluran kumbahan berkenaan, hari ini.

Tambah Peter, sebelum ini kontraktor berkenaan telah diberikan kontrak sebanyak RM3.4 juta dan sehingga kini sebanyak RM292 ribu telah dibayar kepada kontraktor berkenaan namun masih gagal menyiapkan projek berkenaan dalam tempoh yang ditetapkan.

Katanya, kelewatan membaiki saluran najis berkenaan menjejaskan kira-kira 60,000 hingga 80,000 penduduk di sekitar Kota Kinabalu kerana sisa kumbahan dari loji di kawasan berkenaan tidak dapat disalurkan ke pusat rawatan di Inanam dan turut menyebabkan limpahan sisa kumbahan di hadapan Pelabuhan Kota Kinabalu.

“Sebelum ini, kontrak ini telah diberikan kepada kontraktor ini sebanyak RM3.4 juta untuk menyiapkan kerja kerja ini dan ia sepatutnya siap dalam tempoh tiga bulan.”

“Kerja pembaikan ini sepatutnya telah siap jika dikira sejak bulan mei yang lalu dan sehingga hari ini sejumlah RM292, 000 telah dibayar kepada kontraktor berkenaan,”katanya./SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan