Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Gagal sembelih isteri

9:45am 03/12/2015 Pak Roshan 2006 views Global
GAMBAR yang dipetik dari rakaman video menunjukkan lelaki berkenaan cuba menyembelih isterinya (dalam bulatan) sebelum dihalang orang ramai.

GAMBAR yang dipetik dari rakaman video menunjukkan lelaki berkenaan cuba menyembelih isterinya (dalam bulatan) sebelum dihalang orang ramai.

Kaherah: Seorang lelaki bersenjatakan pisau cuba menyembelih isterinya di tengah jalan raya di bandar raya ini.

Bagaimanapun, wanita itu berjaya diselamatkan penduduk yang menendang dan melontar lelaki berkenaan dengan batu.

Klip video yang dimuat naik di Youtube menunjukkan lelaki tidak dikenali itu memaksa isterinya merebahkan badannnya sementara dia cuba menyembelih wanita itu sebelum diserang sekumpulan penduduk yang meluru selepas mendengar jeritan mangsa.

Rakaman menunjukkan orang ramai melontar batu ke arahnya. Sebahagian mereka menendangnya sementara seorang lelaki dilihat menghentak batu ke atas kepala lelaki itu.

Lelaki itu melarikan diri, tetapi dikejar orang ramai yang terus merejamnya dengan batu.

Tidak dapat dipastikan punca lelaki itu mahu membunuh isterinya.

Media Mesir yang menyiarkan rakaman berkenaan bagaimanapun tidak menyebut sama ada lelaki itu ditahan polis atau tidak. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan