Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Gagal kawal motorsikal, lelaki maut

6a00c7e3-1ed9-49e1-a8f5-2ec7601951b0

KOTA KINABALU- Seorang lelaki maut dalam satu kejadian kemalangan membabitkan sebuah motorsikal Yamaha R1 di bulatan KKIP, Sepanggar, disini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra berkata kemalangan yang berlaku pada jam lebih kurang 10.30 malam itu telah meragut nyawa penunggang motorsikal, Mohd. Nida Fadzli Indra Kesuma Arshad, 32.

Katanya, siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggang oleh mangsa dari arah Kota Kinabalu menuju ke Sepanggar gagal dikawal hingga terbabas sendiri.

“Apabila sampai di tempat kejadian, motosikal mangsa yang ditunggang di lorong kanan telah hilang kawalan lalu terbabas melanggar tebing jalan di bulatan dan kemudian mangsa tercampak ke atas permukaan jalan manakala motorsikal mangsa terhumban ke bahu jalan,” katanya

Tambahnya, mangsa berasal dari Kepong, Kuala Lumpur dan disahkan meninggal di tempat kejadian.

Menurut M Chandra, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.- Elezebeth Esther/Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan