Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Gagal hantar syabu hampir RM600,000

syabu

SUNGAI PETANI: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kedah membongkar kegiatan mengedar dadah jenis syabu yang disorok dalam sebatang kayu berlubang selepas menyerbu sebuah bot di perairan Batu Feringgi, Pulau Pinang pada Rabu lalu.

Dalam serbuan kira-kira jam 2 petang, dadah seberat 3,065 gram bernilai RM582,350 itu ditemui dimuatkan dalam tiga kotak.

Pengarah JKDM Kedah Datuk Abd Aziz Abdul Latif berkata, batang kayu terbabit ditemui di atas enjin bot yg ditutup dengan beberapa tong air dan minyak.

Menurutnya, dadah terbabit dipercayai cuba dibawa keluar dari negara ini untuk dihantar ke negara jiran.

Katanya, tiada tangkapan dibuat dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk tindakan lanjut.

Komen


Berita Berkaitan