Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,637

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Gagal bunuh tiga anak

9:14am 04/11/2015 Pak Roshan 564 views Global
PAW eh

PAW eh

Dallas: Seorang wanita semalam dituduh cuba membunuh anaknya dengan memaksa mereka memakan racun semut.

Paw Eh, 31, didakwa menyuapkan racun berkenaan kepada anak lelakinya berusia empat tahun, tetapi gagal berbuat demikian pada dua anaknya yang lain, seorang lelaki berusia tujuh tahun dan seorang perempuan berumur 12 tahun.

Akhbar The Dallas News melaporkan, kanak-kanak berumur empat tahun itu dikejarkan ke hospital dalam keadaan krtikal, tetapi kini dikatakan semakin stabil.

Apabila polis tiba di rumah mereka di Lake Highlands, kanak-kanak berusia 12 tahun itu berkata, ibunya menyatakan hasratnya untuk membunuh dia dan dua adiknya sebelum membunuh diri.

Kanak-kanak itu juga memberitahu polis, Paw Eh membancuh racun semut dengan air serta memaksa anak bongsunya meminumnya.

“Tetapi, adik saya menutup mulutnya. Kerana berang, ibu saya menampar pipinya dan menyuapkan racun itu ke mulutnya secara paksa.

“Ibu mahu membunuh kami dengan racun itu,” katanya.

Kedua-dua kanak-kanak itu diserahkan kepada Perkhidmatan Perlindungan Kanak-Kanak tempatan sementara yang bongsu masih dirawat di hospital.

Paw Eh yang tidak mempunyai sejarah jenayah berdepan dengan tuduhan cubaan membunuh.

Seorang jirannya berkata, wanita itu menghadapi masalah kesihatan dan kadang kala pengsan tiba-tiba serta tidak ingat apa berlaku.- Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan