Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

GAGAL BUNUH DIRI SELEPAS TERJUN DARI TINGKAT 11

gagal bunuh diri

Beijing: Cubaan seorang wanita untuk membunuh diri dengan terjun dari tingkat 11 sebuah

hospital gagal apabila dia terselamat selepas jatuh di atas van yang diparkir di bawah.

Gambar diambil di tempat kejadian menunjukkan wanita itu terbaring di atas kenderaan berkenaan

dengan kecederaan ringan.

Wanita terbabit, pesakit di hospital berkenaan yang terletak di Taizhou, wilayah Zhejiang, datang

ke situ untuk pemeriksaan penyakit kencing manis yang dihidapinya.

Seorang pekerja hospital berkata, dia melihat wanita terbabit naik ke tingkat 11 dan cuba

menghalangnya daripada terjun.

“Kami nampak perangainya agak pelik dan sebaik melihatnya cuba terjun, kami cuba

menangkapnya namun terlepas.

“Mujur dia jatuh ke atas bumbung van yang diparkir di bawah,” kata pekerja itu.

Wanita berkenaan mengalami keretakan tulang akibat kejadian itu, namun tiada kecederaan serius.

Sementara itu, pemilik van berkenaan dikenali sebagai Yang berkata, kenderaannya diletakkan di

situ kerana dia membawa ibunya untuk pemeriksaan di hospital pada pagi sama.

“Mujur kami berdua tiada di dalam van ketika kejadian,” katanya. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan