Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,645

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Gagal adakan buka puasa di gereja

12:16pm 20/06/2016 Pak Roshan 3705 views Global
SINTA Nuriyah (tengah) berucap di majlis berkenaan.

SINTA Nuriyah (tengah) berucap di majlis berkenaan.

Jakarta: Majlis buka puasa dihadiri bekas wanita pertama Indonesia, Sinta Nuriyah Abdurrahman Wahid yang sepatutnya diadakan di sebuah gereja di Samarang, Jawa Tengah kelmarin terpaksa dipindahkan selepas dibantah anggota Barisan Pembela Islam (FPI).

Sinta, balu bekas Presiden Abdurrahman Wahid atau Gus Dur, ialah pengasas pertubuhan Puan Amal Hayati dan sudah mengadakan acara berbuka puasa yang disertai wakil pelbagai agama sejak 16 tahun lalu.

Ini kali pertama majlis itu terpaksa dipindahkan ke tempat lain berikutan tunjuk perasaan besar-besaran menentang acara buka puasa itu yang diadakan di sebuah gereja.

Majlis berkenaan dirancang diadakan di Gereja Raja Ungaran, tetapi terpaksa dipindahkan ke gereja St Yakobus Zebedeus di Pudakpayung.

Bagaimanapun, FPI masih tidak berpuas hati menyebabkan penganjur akhirnya terpaksa mengadakannya di dewan pentadbiran Kampung Pudakpayung.

Majlis berkenaan berlangsung tanpa masalah dan dikawal oleh puluhan polis serta Banser, sayap pemuda pertubuhan Islam terbesar Indonesia, Nahdlatul Ulama. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan