Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Gadis Penan Atasi Segala Rintangan Penuhi Cita-Cita

KUCHING: Pelajar lulusan Diploma Kejururawatan Kolej Mahsa Azlina Esak menjadi contoh pelajar kaum Penan yang lain yang berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang pada majlis Program Khas Golongan Bumiputera Minoriti Sarawak (PKGBMS) di Wisma Bapa Malaysia di sini hari ini. - Foto BERNAMA
KUCHING: Pelajar lulusan Diploma Kejururawatan Kolej Mahsa Azlina Esak menjadi contoh pelajar kaum Penan yang lain yang berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang pada majlis Program Khas Golongan Bumiputera Minoriti Sarawak (PKGBMS) di Wisma Bapa Malaysia di sini hari ini. – Foto BERNAMA

KUCHING – Gadis Penan, Aslina Esak, 24, dari Long Iman, nun jauh di pedalaman daerah Baram, diselubungi kegembiraan yang teramat sangat.

Dia akhirnya berjaya menggenggam diploma Kejururawatan, meskipun lulus peperiksaan di sebuah kolej swasta lebih setahun lepas.

Anak petani ini lulus dari Mahsa College di Petaling Jaya pada 2013.

Bagaimanapun, ibu bapanya tidak mampu melunaskan yuran tertunggak kira-kira RM10,000, oleh itu dia tidak dapat mengambil diplomanya.

“Tanpa diploma itu, saya tidak boleh dapat apa jua kerja yang saya pohon. Sekarang saya akhirnya dapat (diploma), saya akan memohon lagi untuk memenuhi impian saya dan harapan ibu bapa,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Aslina aalah antara enam jururawat perintis daripada kaum Penan yang menerima diploma daripada Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu di pejabatnya di sini.

Jabu, selaku menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal kaum Penan di Sarawak, mendapat perkhabaran tentang nasib yang menerima Aslina.

Beliau kemudian menghubungi Yayasan Kebudayaan Dayak, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang bermatlamat memaju dan memupuk budaya serta pendidikan masyarakat Dayak, untuk mendapatkan bantuan.

“Yayasan itu bersetuju melunaskan bayaran yuran tertunggak bagi Aslina,” katanya.

Jabu turut bertemu lima lagi gadis Penan dari Long Pelutan, Long Belok dan Long Kerong yang menamatkan pengajian sebagai jururawat terlatih.

Beliau berkata kerajaan negeri berasa sangat gembira apabila kaum Bumiputera minoriti itu kini menyedari betapa pentingnya pendidikan kepada golongan muda untuk terus maju dalam hidup mereka.

Beliau memberi jaminan kerajaan akan terus menyediakan pendidikan kepada anak kaum Penan di semua kawasan penempatan terpencil di negeri ini sebagai sebahagian daripada strategi untuk membasti kemiskinan di luar bandar.

Jabu turut menyuarakan harapan agar lebih banyak badan korporat tampil menawarkan penajaan kepada pelajar Penan untuk melanjutkan pelajaran sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat mereka. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan