Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Gadis Ditemui Mati Di Rumah Bekas Kekasih

mayat-wanita

KUALA LUMPUR – Seorang gadis berusia 19 tahun ditemui mati dengan kesan bengkak pada muka dan luka di bahagian betis di sebuah pangsapuri di Cheras Utama, Cheras hari ini.

Mayat mangsa ditemui di salah sebuah bilik dalam keadaan terlentang di atas lantai kira-kira 5.10 petang oleh anggota Polis yang tiba di pangsapuri berkenaan setelah menerima maklumat.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Chong Kok Sin berkata mangsa sebelum ini tinggal bersama bekas teman lelakinya di rumah berkenaan namun keluar dari rumah Oktober lepas kerana berlaku perselisihan faham.

Katanya siasatan awal mendapati mangsa kemudian pulang ke rumah lelaki itu pada Rabu lalu dalam keadaan bengkak di bahagian muka dan badan selain terdapat luka di kedua-dua belah betis.

“Lelaki berkenaan ingin membawa mangsa ke hospital, tetapi mangsa enggan dan menyatakan bahawa dia telah dikejar dan dipukul oleh teman lelakinya yang baharu,” katanya. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan