Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Gadis dibelasah gadis kerana telefon bimbit

Rakaman video menunjukkan rambut remaja perempuan berusia 15 tahun ditarik pelajar senior di Kota Kinabalu. – Foto Ihsan Pembaca

 

“IBU bapa mana yang tidak sedih dan marah apabila anak dipukul, ditampar, ditendang malah rambutnya ditarik serta diheret.

“Sehingga hari ini, saya belum boleh melihat rakaman video anak perempuan saya dibelasah, hanya dimaklumkan oleh anak,” kata Ramar Krishnan, 59, bapa kepada remaja perempuan berusia 15 tahun yang dibelasah seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat.

Ramar yang juga pesara tentera berkata, kejadian itu berlaku di luar kawasan sebuah sekolah di pinggir Bandaraya Kota Kinabalu pada 17 Julai lalu.

“Ketika kejadian anak saya dipanggil dua pelajar perempuan dikenalinya. Saya dimaklumkan, setibanya di luar kawasan sekolah itu, dia dibelasah salah seorang pelajar terbabit. Kejadian dipercayai akibat salah faham berkenaan telefon bimbit, namun masalah itu sudah diselesaikan.

“Tetapi pelajar perempuan yang membelasah anak saya tidak puas hati lalu memukul, menampar, menendang malah rambut anak saya ditarik lalu diheret. Isteri saya ada berbincang dengan keluarga pelajar perempuan itu, namun mereka bertindak kasar.

“Saya tidak tahu apa perasaan mereka jika melihat anak kandung diperlakukan sedemikian. Sejak anak saya lahir, sekali pun saya tidak pernah naik tangan… saya amat marah dan kesal serta sedih melihat anak diperlakukan sedemikian seperti dalam rakaman video,” katanya ketika ditemui di Kota Kinabalu, hari ini.

RAMAR (kanan) bersama Zaliha Talib menunjukkan gambar anaknya dan laporan polis berhubung kejadian menimpa anak perempuan mereka. FOTO Malai Rosmah Tuah

Berdasarkan rakaman video berdurasi dua minit 50 saat yang diperoleh keluarga, rambut mangsa ditarik dan diheret di sebuah tokong berdekatan sebuah sekolah oleh pelajar perempuan lengkap berpakaian sekolah turut menampar serta menumbuk beberapa kali ke arah muka dan kepala mangsa yang tidak lagi bersekolah.

Seorang lelaki kelihatan cuba meleraikan kejadian itu, namun pelajar perempuan terbabit terus menarik rambut dan memukul mangsa sebelum seorang lagi orang awam datang membantu meleraikan pergaduhan.

Ibu mangsa, Zaliha Talib, 45, berkata selepas kejadian itu anaknya pulang ke rumah sambil menangis dengan keadaan baju kotor sambil memberitahu dia dipukul oleh pelajar perempuan terbabit, selain mengadu sakit di bahagian kepala, mata dan kesan lebam di muka.

“Saya kemudian membawa anak ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah di Likas untuk rawatan sebelum membuat laporan polis,” katanya.

Berikutan itu, Zaliha meminta pihak berkaitan mengambil tindakan sewajarnya termasuk menjalankan siasatan bagi mengelak kejadian sama berulang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berkenaan kejadian dan siasatan sedang dilakukan. – Oleh Junaidi Ladjana / myMetro Online

Komen


Berita Berkaitan