Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Gadis cuba seludup 3.1kg dadah melalui Lapangan Terbang Tawau

13669263_650791978413343_2780477764965079267_o

TAWAU: Polis menahan seorang gadis kerana cuba menyeludup syabu seberat 3.1 kilogram dianggar bernilai RM450,000 ke negeri ini di Lapangan Terbang Tawau, semalam.

Gadis berumur 19 tahun itu ditahan oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, diketuai Inspektor Izwan Abdol Rahman selepas suspek dilihat dalam keadaan mencurigakan.

Suspek yang berasal dari daerah ini, baru tiba dari Kuala Lumpur ketika ditahan.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus, berkata remaja terbabit memegang sebuah bagasi hitam sambil menggalas beg berwarna merah jambu dan satu beg kertas di tangan kirinya.

“Pemeriksaan lanjut ke atas bagasi berwarna hitam yang dibawa suspek membawa kepada enam tin bertulis ’36 PERCENT’ mengandungi satu bungkusan plastik biru bersalut kertas putih dan tin pendua di dalamnya.

“Semua tin terbabit berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu seberat 3,164 gram,” katanya di IPD Tawau, sebentar tadi.

Fadil berkata, turut dirampas 23 bungkusan makanan ringan pelbagai jenama dan set mainan kanak-kanak dipercayai untuk mengaburi pihak berkuasa, selain pelbagai dokumen dan barang peribadi milik suspek.

Ujian saringan air kencing terhadap suspek didapati negatif dan dia kini direman tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman mati mandatori. – BH Online

FADIL (tengah) menunjukkan dadah jenis syabu yang dirampas daripada seorang gadis di Lapangan Terbang Tawau. - Foto Abdul Rahemang Taiming.
FADIL (tengah) menunjukkan dadah jenis syabu yang dirampas daripada seorang gadis di Lapangan Terbang Tawau. – Foto Abdul Rahemang Taiming.

13669016_650792111746663_7970561159962205722_n

 

Komen


Berita Berkaitan