Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Gadis Cantik Masih Hidup Lepas Jatuh Flat Tingkat 7

gadis cantik

Berpantang maut sebelum ajal.. itulah yang boleh dikatakan
terhadap nasib seorang gadis yang masih hidup selepas jatuh dari
flat tingkat 7, Bukit Panjang, Singapura pagi semalam.

Tanpa diketahui sebab jatuh, gadis berusia 18 tahun itu ditemui
dalam keadaan telanjang bulat dan berlumuran darah di bahagian
kepala oleh penduduk di koridor pejalan kaki.

Penduduk yang prihatin kemudiannya menutup tubuh gadis tersebut
dengan kain sementara menanti ambulan tiba.

Difahamkan, gadis tersebut adalah anggota keluarga Chen dan
tinggal di flat berkenaan bersama ibu bapa dan abangnya yang
berusia 21 tahun.

Abangnya yang berada di rumah ketika kejadian tidak menyedari
apa yang berlaku kerana sedang tidur dan hanya tahu selepas
pintu rumah diketuk oleh polis.

Dia mendakwa adiknya tidak mempunyai masalah dengan keluarga.

Sementara itu jiran-jiran menyifatkan gadis tersebut seorang
yang cantik dan sering dilihat joging di sekitar kawasan flat
tersebut.

Mangsa kini menerima rawatan di Hospital Khoo Teck Puat. –
MYNEWSHUB.MY

Komen


Berita Berkaitan