Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Gadis belasah lelaki kurang ajar di balai polis

Sanjana membelasah lelaki yang sering menganggunya
Sanjana membelasah lelaki yang sering menganggunya

New Delhi: Marah kerana sering diganggu, seorang pelajar membelasah lelaki di sebuah balai polis di sini.

Rakaman video mengenai kejadian itu menunjukkan anggota polis turut memberi dorongan apabila pelajar dikenali sebagai Sanjana, 16, menampar dan memukul lelaki itu di balai polis di Pilibhit, Uttar Pradesh, Isnin lalu.

Lelaki itu dikatakan sengekori Sanjana dan menghamburkan kata-kata kesat padanya.

Dalam video itu Sanjana dilihat menampar lelaki itu berulang kali sebelum menendang dan menumbuknya.

Dia juga memulas lengan lelaki itu sebelum memukulnya dengan kasut.

Selain itu, Sanjana memaksa lelaki itu melutut, mencium kakinya dan memohon maaf.

Menurut Sanjana, dia mahu ‘mengajar’ lelaki berkenaan kerana tidak tahan diganggu.

“Dia selalu mengekori saya selepas sekolah. Saya mahu memastikan ini tidak berlaku pada orang lain,” katanya.

Keluarganya yang bimbang lelaki itu membalas dendam memohon perlindungan polis. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan