Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Gadai nyawa berenang seberang Sungai Naf

Pelarian Rohingya yang tiba di Bangladesh di muara Sungai Naf, melalui jalan laut. – Foto Fail/EPA

 

SEKUMPULAN pelarian Rohingya mempertaruhkan nyawa mereka dengan berenang merentasi muara Sungai Naf seluas kira-kira dua kilometer selepas beberapa hari gagal mendapatkan bot untuk menyeberang ke Bangladesh.

Seramai 11 pelarian Rohingya dipercayai daripada satu keluarga itu menggunakan tong plastik sebagai pelampung sebelum mereka diselamatkan Pengawal Pantai Bangladesh.

Menurut seorang pegawai Pengawal Pantai Bangladesh, Abdul Jalil, mereka bersama ratusan pelarian yang berkumpul di tebing Sungai Naf di sebelah Myanmar sejak beberapa hari lalu, menunggu peluang mendapatkan bot.

Sebahagian besar daripada 520,000 pelarian Rohingya memasuki Bangladesh melalui jalan darat namun ramai menggunakan laluan laut memasuki muara Sungai Naf. Sehingga kini, hampir 160 pelarian sudah mati lemas.

Kerajaan Bangladesh memusnahkan bot digunakan tekong darat serta menahan pengendali bot berkenaan dalam usaha menghalang kemasukan berterusan pelarian.

Jumlah kemasukan pelarian ke Bangladesh menurun sejak beberapa minggu lalu, namun jumlah itu kembali meningkat sejak Isnin, dengan 11,000 pelarian baru, dipercayai dari utara Rakhine, Myanmar, dengan PBB menjangka keganasan baru tercetus di kawasan berkenaan. – AFP/HMetro

Komen


Berita Berkaitan