Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,304

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Gabungan Pembangkang Tidak Gugat BN Sabah

7:16pm 08/01/2017 Pak Roshan 1299 views Mutakhir,Politik

SEMPORNA : Gabungan parti pembangkang lama dan baharu di Sabah diyakini tidak akan menggugat sokongan terhadap Barisan Nasional (BN) di negeri itu dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Timbalan Ketua Penerangan UMNO Sabah Datuk Ramlee Marahaban berkata ini kerana kerjasama yang terjalin dalam pakatan pembangkang masih goyah dan tidak serasi.

“Ini hanya usaha terdesak untuk mendapatkan kesepakatan dalam kalangan parti-parti pembangkang dan kalau kita lihat parti-parti lama atau baharu yang wujud ini masih dalam keadaan tercari-cari haluan,” katanya hari ini.

Beliau yang ditemui pemberita selepas majlis khatam al-Quran golongan asnaf peringkat daerah Semporna di sini ditanya mengenai desas-desus kerjasama strategik dalam kalangan parti pembangkang pada PRU kelak.

Ramlee yang juga Pembantu Menteri Kewangan Sabah dan Anggota Dewan Undangan Negeri Bugaya, berkata berbanding pembangkang yang masih bercelaru, BN kini berada dalam keadaan mantap untuk menghadapi PRU ke-14.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan