Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Gabungan KIK Kudat anjur perlawanan bola sepak bina jaringan kerjasama erat

Pengadil wanita pertama kelahiran Kudat Anastasha Binti Attah yang berusia 16 tahun bersama barisan pengadil perlawanan.

KUDAT: Gabungan Kumpulan Inovasi Kreatif (KIK) Kudat menganjurkan perlawanan bola sepak persahabatan bagi memupuk jaringan kerjasama yang lebih erat dalam kalangan agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan.

Pengurusnya​,​ Herwan Awang berkata, program adalah bertujuan untuk meningkatkan kefahaman mengenai kepentingan inovasi dalam kalangan agensi kerajaan serta budaya kerjasama terutama yang melibatkan penggunaan rekaan inovatif selain kreativiti dalam pelbagai bidang.

“Sememangnya kita merancang untuk mengadakan perlawanan persahabatan bola sepak antara KIK dengan pasukan bola sepak sekitar zon utara seperti Maritim, Bomba, Sediafiat dan EDU Team kerana kepentingan untuk memberikan pendedahan tentang matlamat kumpulan inovasi dan kreatif di setiap agensi agar boleh berkerjasama dalam bidang berkaitan inovasi.

“Manakala perlawanan persahabatan bersama REFEREE Kudat dirancang bagi mengeratkan hubungan persahabatan dalam kalangan ahli selain bagi memudahkan kerjasama profesional pada masa akan datang,” katanya lagi.

Herwan (kanan) menyampaikan cendera kenangan perlawanan kepada Saiful.

Perlawanan persahabatan bola sepak antara Pasukan KIK Kudat dengan Pasukan Pengadil Kudat (REFEREE Kudat) berlangsung di Kompleks Sukan Kudat, baru-baru ini.

Sementara itu, Pengurus Pasukan REFEREE Kudat, Mohd​.​ Saiful Rizan Bin Minggu berkata, perlawanan ini penting bagi persediaan kepada pasukan dalam menghadapi perlawanan bola sepak antara zon di Sabah dan Labuan.

“Selain itu, sudah tentu ini juga bertujuan untuk menjalinkan hubungan yang baik dalam kalangan agensi kerajaan di zon utara,” kata beliau.

Dalam aksi persahabatan tersebut, kedua-dua pasukan terikat dengan jaringan 3-3 manakala pemain ​pasukan ​REFEREE Kudat​,​ Ahmadait Dullah dinobatkan sebagai pemain terbaik./Penerangan-

Kedua-dua pasukan bergambar kenangan bersama pengadil sebelum perlawanan berlangsung.

Komen


Berita Berkaitan