Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

G-Math jadi platfrom tingkatkan potensi sekolah kluster

3:00pm 17/10/2016 Leolerry Lajius 15 views Pendidikan,Tempatan

RANAU: Program Genius Mathematic (G-Math) jadi platfrom meningkatkan kemahiran dan potensi murid khasnya dalam mata pelajaran matematik.

Pelaksanaan program ini juga menjadi wadah melahirkan murid yang berdaya saing, berdaya maju dan bermotivasi untuk meningkatkan kemahiran, ilmu pengetahuan dan pengalaman.

Ketua Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Negeri Sabah Abidin Bin Marjan berkata, penganjuran program seumpama ini amat dialu-alukan kerana di samping dapat meningkatkan prestasi akademik ia juga mampu mengeratkan silaturahim antara guru dan murid sekolah-sekolah kluster dari seluruh negara.

“Saya telah dimaklumkan bahawa program ini telah dilaksanakan sejak tahun 2012 dan diteruskan hingga tahun ini.”

“Selain daripada kecemerlangan dalam bidang akademik yang ditunjukkan melalui keputusan peperiksaan serta penglibatan aktif dalam gerak kerja kokurikulum, penganjuran program seperti ini juga membantu menyerlahkan nama sekolah,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian sempena Program G-Math Bosco peringkat sekolah kluster kecemerlangan rendah negeri yang turut disertai oleh sekolah kluster dari Selangor dan Labuan di SRK Don Bosco, baru-baru ini.

Penganjuran program itu menyaksikan SK Jalan Empat dari Selangor menjadi johan bagi tahap satu dan tahap dua, SK Lubok Darat Sipitang pula di tempat kedua bagi kategori tahap satu diikuti SRK Don Bosco di tempat ketiga, bagi kategori tahap dua pula di tempat kedua disandang oleh SK Koporingan diikuti SK Kilimu di tempat ketiga.

Peserta terbaik pula adalah Aqil Mukhlis Bin Rosman bagi kategori tahap satu serta Hanis Sabrina Binti Mohd Besar bagi tahap dua yang mana kedua-keduanya pelajar SK Jalan Empat.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Antara aktiviti ketika program berkenaan.

Antara aktiviti ketika program berkenaan.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan