Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,637

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Futsal Pemadam Putatan wakil Sabah ke Kejohanan Futsal Peringkat Kebangsaan

6:41pm 11/10/2016 Elezebeth Esther Onjining 178 views Nasional,Sukan,Sukan Tempatan,Tempatan
KENANGAN... Yahya merakamkan gambar kenangan bersama Janet (empat dari kanan) Ag.Abd.Ghani (empat dari kiri), Yunus (kanan), Nurdin (dua dari kiri), Norazli (tiga dari kiri) serta sebahagian pemain futsal Pemadam Putatan/Sabah.

KENANGAN… Yahya merakamkan gambar kenangan bersama Janet (empat dari kanan) Ag.Abd.Ghani (empat dari kiri), Yunus (kanan), Nurdin (dua dari kiri), Norazli (tiga dari kiri) serta sebahagian pemain futsal Pemadam Putatan/Sabah.

PUTATAN- Pasukan Futsal Pemadam Putatan sekali lagi dipilih mewakili negeri Sabah ke Kejohanan Futsal Peringkat Kebangsaan yang bakal berlansung di Indahpura Sport City Kulaijaya, Johor pada 15 hingga 16 Oktober ini.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin berkata, daerah Putatan banyak melahirkan ahli sukan dan pasukan yang mampu muncul juara dalam pelbagai kejohanan termasuk pasukan UMNO Putatan yang menjadi juara keseluruhan dalam Karnival Sukan UMNO Negeri Sabah baru-baru ini.

Beliau turut mengingatkan pasukan futsal lelaki dan perempuan Pemadam Putatan/Sabah agar menjaga disiplin dan berusaha mengharumkan nama Sabah dalam kejohanan peringkat kebangsaan.

Selain itu, Yahya menyerahkan bendera Sabah kepada Pegawai Daerah Putatan Haji Ag Abd.Ghani Pg.Yusoff selaku Pengerusi Pemadam Daerah dan Ketua Kontinjen.

Hadir sama, Pemadam Negeri diwakili oleh Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Janet Chee dan Koperasi Tanjong Keramat diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Norazli Datuk Seri Panglima Haji Yahya. Turut hadir ialah Ketua Daerah Putatan, OKK Haji Yunus Ismail.

Dalam masa sama, Yahya turut menyaksikan penyerahan mok cek bernilai RM11,500 daripada Pemadam Sabah dan RM5,000 daripada Koperasi Tanjong Keramat Kota Kinabalu Berhad kepada Ag Abd.Ghani sebagai tajaan bagi pasukan Futsal Putatan/Sabah.

Terdahulu, seramai 26 orang termasuk pegawai mewakili kontinjen futsal Pemadam Putatan ke kejohanan tersebut. -Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan