Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Futsal lelaki dan wanita Sabah tarik diri

PENGERUSI Jawatankuasa Belia, Sukan dan Pembangunan Modal Insan negeri, Howard Lee. – Foto Razif Rosli

 

IPOH: Pasukan futsal lelaki dan wanita Sabah sah menarik diri daripada menyertai Sukan Malaysia (SUKMA) ke-19 di Perak, selepas seorang daripada atlet futsalnya didapati positif dengan gejala beguk.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan Perak, Howard Lee berkata, keputusan itu dibuat kontinjen Sabah dan diluluskan dalam satu mesyuarat bersama Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail serta wakil MSN Sabah, wakil Kementerian Kesihatan serta wakil Jabatan Kesihatan Negeri Perak.

“Kontinjen Sabah memutuskan, futsal lelaki dan wanita menarik diri daripada pertandingan SUKMA kali ini selepas mengambil kira perkembangan semasa dan risiko penularan virus kepada pasukan lain ketika pertandingan nanti,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Katanya, Jawatankuasa Khas Teknikal mengguna pakai Peraturan Pertandingan (futsal lelaki dan wanita) SUKMA ke-19, Perkara 13 Menarik Diri atau Memberi Kemenangan Percuma dengan para 13.2 Menarik Diri Selepas Pertandingan Bermula digunakan.

“Jadi, bagi sukan futsal wanita yang membabitkan Kumpulan C, setiap pasukan dalam kumpulan terbabit diberikan tiga mata dengan jaringan 3-0 atau lebih, jika pasukan lawan telah mencapai jaringan yang lebih tinggi kepada pasukan Negeri Sembilan dan Melaka.

“Perkara yang sama juga akan dilaksanakan bagi Kumpulan A, futsal lelaki membabitkan pasukan Selangor, Perak dan Perlis,” katanya.

Saingan membabitkan skuad lelaki dan wanita Sabah sebelum ini ditunda selepas seorang atlet wanita berumur 16 tahun disyaki mengalami gejala beguk pada Ahad lalu.

Ujian diagnostik telah dibuat terhadap atlet berumur 16 tahun itu dan didapati positif, namun atlet itu bersama 11 lagi pemain yang mengalami gejala beguk akan dibenarkan keluar dari pusat penginapan pengasingan di Manjung, esok.

Beguk atau ‘kluster mumps’ merujuk kepada bengkak, kebiasaannya pada leher kerana kelenjar tiroid membesar disebabkan virus Paramyxovirus.

Antara simptom penyakit itu ialah demam, sakit kepala, sakit otot, hilang selera, bengkak dan sakit di kelenjar air liur.

Ketua Kontinjen (CDM) Sabah, Arunarnsin Taib berkata, keputusan yang dilakukan kontinjen itu adalah sukar, namun ia adalah keputusan terbaik untuk semua pihak. – BH Online

Komen


Berita Berkaitan