Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,794

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Fungsi RT perlu ditransformasikan- Joseph

5:37pm 27/02/2016 Elezebeth Esther Onjining 42 views Tempatan
Joseph (kedua dari kiri) memotong riben simbolik perasmian Majlis Perhimpunan Awal Tahun dan Pengiktirafan Projek Inovasi JPNIN Sabah.

Joseph (kedua dari kiri) memotong riben simbolik perasmian Majlis Perhimpunan Awal Tahun dan Pengiktirafan Projek Inovasi JPNIN Sabah.

KOTA KINABALU- Fungsi Rukun Tetangga (RT) pada masa kini harus ditransformasikan seiring dengan dasar- dasar negara, kata Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup.

Beliau yang merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata RT perlu menjadi pusat transformasi ekonomi khususnya di kawasan pendalaman yang perlukan pembangunan.

“Projek- projek pembangunan ekonomi harus dipergiatkan untuk meningkatkan pendapatan RT itu sendiri sekaligus mampu membuka peluang pekerjaab kepada masyarakat setempat,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perhimpunan Awal Tahun Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional (JPNIN) Sabah 2016 dan Pengiktirafan Projek Inovasi JPNIN Sabah, di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Negeri Sabah, disini, hari ini.

Sementara itu, beliau turut menyeru kepada pihak JPNIN Sabah membantu KRT yang berpotensi, khususnya Jiran Muda yang ingin mengetengahkan idea inovasi dan ekonomi mereka.

“Kita percaya bahawa golongan belia pada masa kini kaya dengan idea- idea kreatif yang boleh diguna pakai dalam menghasilkan sesuatu produk yang mempunyai nilai keboleh pasaran yang tinggi,”tambahnya.

Disamping itu, tiga projek inovasi turut diiktiraf oleh JPNIN Sabah. Diantaranya, Projek ‘ Flood Alert System’ oleh SMK Tamparuli, Projek ‘Cloth Folding Machine’ oleh guru- guru Tabika Perpaduan Tuaran, dan Projek ‘All About You’ oleh Petronas. -Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan