Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

FRANKIE TERIMA KUNJUNGAN HORMAT UNICEF-MALAYSIA

KOTA KINABALU: Wakil Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNICEF) ke Malaysia Marianne Clark Hattingh dan rombongannya membuat kunjungan kepada Menteri Belia dan Sukan Frankie Poon di pejabatnya pada Rabu.

Tujuan utama lawatan berkenaan adalah begi mengukuhkan lagi kerjasama dengan pelbagai kementerian kerajaan negeri yang terlibat secara tidak langsung berkenaan isu kanak-kanak.

Pada lawatan berkenaan, Marianne turut berkongsikan pengalamannya dan berbincang dengan Frankie berkenaan isu-isu berkaitan perkahwinan kanak-kanak dan perlindungan mereka, kehamilan di usia remaja, anak-anak jalanan, kanak-kanak yang tidak mempunyai kerakyatan atau tanpa dokumen, penyalahgunaan dadah pada belia, memperkasakan serta peluang pekerjaan kepada belia dan gaya hidup sihat melalui sukan dan lain-lain. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan