Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,663

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Frankie Liew sumbang makanan, angpao pada warga tua

9:08pm 30/01/2016 Ann Vivien 43 views Isu Semasa,Tempatan
Frankie Liew (dua dari kiri) dan Francis Liew (kanan) menyampaikan bungkusan makanan kepada seorang penghuni sambil diperhatikan oleh Tan Kang Hoh (kiri).

Frankie Liew (dua dari kiri) dan Francis Liew (kanan) menyampaikan bungkusan makanan kepada seorang penghuni sambil diperhatikan oleh Tan Kang Hoh (kiri).

KOTA KINABALU: Menjelang perayan Tahun Baru Cina, golongan warga emas di Rumah Warga Tua Sri Pritchard Kinarut tidak dilupakan oleh mereka yang prihatin khususnya syarikat-syarikat swasta dan juga individu.

Presiden Dewan Perniagaan & Perindustrian Cina Putatan (Putatan Chinese Chambers of Commerce and Industry), Datuk Frankie Liew telah mengetuai kakitangan 2 buah syarikatnya iaitu Jadi Johan Sdn.Bhd dan Nuga Best (Sabah) Sdn.Bhd telah mengunjungi 94 penghuni warga emas rumah amal itu untuk menyampaikan sumbangan berupa makanan dan “Ang Pow”.

Frankie Liew merupakan Pengerusi Eksekutif Jadi Johan Sdn.Bhd dan Pengerusi Nuga Best (Sabah) Sdn.Bhd.

Turut menyertai rombongan Frankie dalam kunjungan mesra itu ialah Pengarah Urusan (Managing Director) Kian Teck Sdn.Bhd, Encik Tan Kang Hoh.

Menurut Frankie, lawatan ke rumah amal menjalang perayaan Tahun Baru Cina itu merupakan aktiviti tahunan syarikatnya sejak lebih 20 tahun lalu.

“Menerusi lawatan amal ini, kita berharap dapat membawa sedikit keceriaan dan kegembiraan kepada para penghuni di Rumah Warga Tua Sri Pritchard menjelang perayaan Tahun Baru Cina”, katanya.

Turut hadir di majlis itu ialah Pegawai Penguasa Rumah Warga Tua Sri Pritchard, Puan Monalizah Akul, Pengarah Urusan Nuga Best, Francis Liew.-Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan