Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Forum Anjung At Taqwa dapat sambutan hangat

Salleh (kanan) sedang menyampaikan cendera kenangan kepada salah seorang ahli panel forum.
Salleh (kanan) sedang menyampaikan cendera kenangan kepada salah seorang ahli panel forum.

KOTA BELUD- Lebih 1,000 orang pengunjung menghadiri Forum Anjung At Taqwa, semalam.

Forum tersebut merupakan sebuah program anjuran bersama antara RTM, UMNO Bahagian Kota Belud, Badan Dakwah di Dewan Masyarakat Tun Said.

Selain itu, forum bertemakan “Kasih Sayang, Melestari Perpaduan” itu mendapat sambutan luar biasa daripada masyarakat setempat yang ingin mendengar huraian dan percambahan ilmu terutama isu melahirkan sebuah keluarga harmoni.

Program yang disiarkan secara langsung oleh RTM, Sabah fm ini membariskan beberapa tokoh dakwah terkenal antaranya Ustaz Malai Ali Malai Ahmad, Pengarah Jabatan Kemajuan
Islam Sabah, Tuan Haji Mat Radzi Haji Mat Ali.

Program yang julung kalinya ini turut dihadiri Menteri Komunikasi dan Multimedia, Senator Datuk Seri Panglima Mohd Salleh Tun Said.- SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan