Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

FOKUS DAN SENAMAN, PETUA PELAJAR CEMERLANG SPM 2018

KOTA KINABALU: Selain fokus semasa sesi pembelajaran dalam kelas, pelajar perlu lebih banyak menjalankan aktiviti luar seperti bersenam kerana ia dapat menghilangkan stress serta menenangkan fikiran.

Beberapa pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 yang ditemui mengakui untuk memperolehi keputusan cemerlang bukan mudah kerana pelbagai cabaran dihadapi seperti tekanan dalam menghadapi ujian dan peperiksaan.

Mohd Danish Iskandar Amran. – Gambar SNT/Sitti Nor Azizah Talata

Bagi Mohd Danish Iskandar Amran dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Kota Kinabalu yang memperolehi 11A (9A+ dan 2A) dalam SPM 2018, dia berusaha mendisiplinkan diri mengikuti jadual pembelajaran yang disediakan sekolah serta fokus dalam kelas.

“Kalau kita ikuti jadual betul-betul dan fokus dalam pengajaran guru dalam kelas, sudah tentu kita tidak perlu belajar last minute (saat akhir) sebab kalau ulangkaji atau belajar saat akhir ini akan menyebabkan pelajar stress.

“Saya juga tidak sentiasa ikut nasihat ibu bapa terutama bab supaya jangan bercinta masa sekolah, tumpukan pada pelajaran serta usah buang masa dengan perkara tidak berfaedah,” katanya kepada pemberita.

Mohd Danish berkata, walaupun kurang bersukan dia akan memastikan untuk meluangkan masa bersenam bagi memastikan kecederdasan minda dan badan.

Katanya minda yang cerdas banyak membantu pelajar memahami pelajaran yang diajar dalam kelas, semasa mengulangkaji pelajaran bersendirian atau secara berkumpulan.

Sementara itu, Soo Zong Chen iaitu pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tawau turut menyarankan pelajar mengelak daripada mengalami sebarang tekanan pembelajaran kerana perkara itu boleh menjejaskan tumpuan mereka.

Soo Zong Chen. – Gambar SSNT/Sitti Nor Azizah Talata

“Keluarga saya sering mengingatkan saya supaya tidak memaksa diri dalam pelajaran, sebaliknya mereka mahu saya lebih relaks dan belajar secara bijak.

“Saya bertuah kerana mendapat sokongan kedua ibu bapa dan adik beradik sehingga saya berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam SPM tahun lalu,” katanya yang bercita-cita menjadi seorang doktor.

Dalam peperiksaan SPM yang lalu, Zong Chen yang meminati mata pelajaran Matematik Tambahan meraih 10A+ dalam kesemua subjek yang didudukinya. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan