Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,668

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Fokus Bajet 2017 kepada golongan B40 dialu- alukan- Bahrin

10:31am 22/10/2016 Elezebeth Esther Onjining 110 views Kota Kinabalu,Tempatan
KENANGAN... Bahrin dan Faisyal merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian jururawat di Hospital Queen Elizabeth 2, hari ini

KENANGAN… Bahrin dan Faisyal merakamkan gambar kenangan bersama ahli jawatan kuasa penganjur dan sebahagian jururawat di Hospital Queen Elizabeth 2, hari ini

KOTA KINABALU- Pemuda UMNO Kota Kinabalu amat mengalu-alukan fokus Bajet 2017 kepada golongan berpendapatan 40 peratus paling bawah (B40) seperti kenaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Ketuanya, Mohd Bahrin Abdul Karim berkata Bajet 2017 yang dibentang oleh Perdana Menteri semalam merupakan “bajet komitmen” demi kesejahteraan rakyat dalam keadaan ekonomi tidak menentu dan mencabar.

” Bajet 2017 direka demi memacu pertumbuhan ekonomi dan menjamin kualiti perkhidmatan kepada rakyat.

” Bajet 2017 sekali gus menjana manfaat kepada pelbagai pihak termasuk golongan muda yang merupakan pewaris kepimpinan masa depan negara,” katanya.

Bahrin berkata demikian setelah selesai melawat dan menyerahkan sumbangan kepada para pesakit sempena Program Membara: Menyusur Akar, Pemimpin Prihatin, di Hospital Queen Elizabeth 2, disini, hari ini.

Menurut Bahrin, Bajet 2017 juga mencerminkan komitmen jitu kerajaan untuk terus mengurus perbelanjaan secara berhemah dan kreatif demi membela dan membangun rakyat dan negara.

” Ini termasuklah membina lebih banyak rumah mampu milik  dan rumah rakyat menerusi pelbagai skim perumahan bagi membantu golongan muda memiliki rumah pertama mereka.

” Kita sedia maklum, golongan muda sukar untuk membeli atau memiliki rumah sendiri terutama di kawasan bandar dan pinggir bandar berikutan harga rumah yang tinggi. Menerusi pelbagai skim perumahan dan pinjaman yang diberikan, sudah tentu ianya dapat membantu golongan muda memiliki hartanah mereka,” tambahnya.

Dalam masa sama, pihaknya turut mengalu-alukan pengumuman kerajaan memberi diskaun 15 peratus ke atas baki hutang untuk penyelesaian penuh bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bermula esok hingga Disember tahun depan.

” Selain itu, diskaun sebanyak 10 peratus turut diberikan untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran serta diskaun 10 peratus bagi bayaran balik pinjaman melalui potongan gaji atau secara debit mengikut jadual bayaran balik yang ditetapkan.

” Pendekatan ini dapat membantu meringankan beban para graduan yang baru mendapat pekerjaan untuk membayar balik pinjaman PTPTN mereka,”katanya.

Disamping itu, Bahrin turut menyokong pengumuman kerajaan  ‘fixed lined broadband’ akan ditawar dengan kelajuan lebih tinggi pada harga sama bermula Januari 2017, selain akan lancarkan inisiatif supaya perkhidmatan jalur lebar di universiti awam ditingkatkan kepada maksimum 100 gigabit sesaat.

” Ini termasuklah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menyediakan RM1 bilion supaya liputan dan kualiti jalur lebar di seluruh negara mencapai 20 megabit sesaat.

” Kita berharap fokus utama akan diberikan kepada Sabah kerana jurang digital dan jalur lebar yang masih jauh ketinggalan terutama di kawasan-kawasan luar bandar,” katanya.

Beliau turut menyeru penyertaan aktif daripada generasi muda dalam merelisasikan Transformasi Nasional 2050 bagi menentukan hala tuju negara menjelang tahun 2050.

Hadir sama, Ketua Umno Bahagian Kota Kinabalu, Datuk Faisyal Diego. -Elezebeth Esther/ SayangSabah

BAHRIN menyerahkan sumbangan kepada salah seorang pesakit di Hospital Queen Elizabeth 2, disini, hari ini

BAHRIN menyerahkan sumbangan kepada salah seorang pesakit di Hospital Queen Elizabeth 2, disini, hari ini

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan