Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Fokus Bahas Isu Pokok Rakyat Dan Kelangsungan Melayu, Bumiputera

7:26pm 09/12/2015 Pak Roshan 87 views Mutakhir,Politik
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Sabah, Yamani Hafez Musa (tujuh dari kiri)  dan Naibnya, Ir.Shahelmey Yahya (enam dari kanan), Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Negeri, Encik Mohd.Bahrin Abd.Karim (tiga dari kanan) bergambar bersama Ketua-Ketua Pemuda UMNO Bahagian yang menghadiri Perhimpunan Agung Pemuda UMNO Malaysia di Dewan Tun Dr.Ismail, PWTC Kuala Lumpur, hari ini.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Sabah, Yamani Hafez Musa (tujuh dari kiri) dan Naibnya, Ir.Shahelmey Yahya (enam dari kanan), Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Negeri, Encik Mohd.Bahrin Abd.Karim (tiga dari kanan) bergambar bersama Ketua-Ketua Pemuda UMNO Bahagian yang menghadiri Perhimpunan Agung Pemuda UMNO Malaysia di Dewan Tun Dr.Ismail, PWTC Kuala Lumpur, hari ini.

KOTA KINABALU : Anggota UMNO yang mengambil bahagian dalam perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO 2015 digesa menumpukan kepada isu pokok dihadapi rakyat serta berkait dengan kelangsungan bangsa Melayu dan Bumiputera.

Presiden Pakatan NGO Pro Barisan Nasional (Pakatan NGO PRO BN) Zulkarnain Mahdar berkata isu seperti peningkatan kos sara hidup dan kenaikan harga barang sepatutnya dibahaskan secara bersungguh-sungguh agar idea bernas bagi menyelesaikan isu yang amat dekat di hati rakyat itu dapat dicetuskan.

“Isu pokok ialah kos sara hidup dan kelangsungan Bumiputera itu sendiri. Bila menyentuh Bumiputera, bukan sahaja dalam kalangan orang Melayu tetapi juga melibatkan anggota UMNO Bumiputera yang berasal dari Sabah. Sepatutnya pembahas lebih bijak membahas isu ini,” katanya dalam kenyataan di sini Rabu.

Zulkarnain berkata pembahas bukan sahaja bertanggungjawab mencetuskan idea mengatasi pelbagai masalah rakyat tetapi juga menjelaskan secara logik dan berfakta mengapa harga barang dan kos sara hidup meningkat seperti dialami sekarang.

Katanya rakyat perlu difahamkan ada sesetengah perkara berkaitan dengan ekonomi seperti naik turun harga komoditi seperti minyak serta minyak kelapa sawit di luar kawalan kerajaan kerana harganya ditentukan pasaran antarabangsa.

Berhubung isu kepentingan Melayu dan Bumiputera, Zulkarnain berkata pembahas perlu memberi idea bernas berkenaan kedudukan sosio-ekonomi serta pendidikan golongan itu serta bagaimana meningkatkan penyertaan mereka secara berkesan dalam pelbagai bidang ekonomi termasuk peruncitan.

Zulkarnain berkata walaupun sudah banyak dasar, program serta inisiatif diperkenalkan kerajaan bagi memperkasa penyertaan Melayu dan Bumiputera dalam pelbagai sektor ekonomi, pembahas perlu membahaskan isu berkenaan dari sudut keberkesanan dasar serta program-program itu dan bagaimana ia boleh ditambah baik.

“Kita berharap pembahas tidak membuang masa membangkitkan isu-isu seperti 1MDB serta wang derma kerana perkara berkenaan sudah diperjelaskan pihak berkuasa berdasarkan hasil siasatan dijalankan termasuk oleh pihak Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC),” katanya.

Zulkarnain juga mencadangkan agar pembahas memberi tempat untuk isu seperti kewajipan taat kepada ‘ulil amri’ (pemimpin) selagi pemimpin itu tidak membawa kepada kezaliman.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan