Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Firman tangguh hasrat mengerjakan umrah bersama keluarga

Firman semasa membuat persembahan di Konsert Kupi- Kupi fm 2016 di Dewan KDCA, disini, semalam
Firman semasa membuat persembahan di Konsert Kupi- Kupi fm 2016 di Dewan KDCA, disini, semalam

PENAMPANG- Penyanyi, Firman terpaksa menangguhkan hajat beliau untuk mengerjarkan umrah bersama ahli keluarga disebabkan terdapat masalah dengan visa.

Penyanyi kelahiran Sabah itu berkata penangguhan tersebut disebabkan kelewatan dalam pemprosesan visa sebelum ke umrah.

“Kami sepatutnya bertolak untuk mengerjakan umrah pada bulan ini, tetapi terdapat sedikit masalah berkenaan dengan visa kami. Oleh itu, rombongan kami ke umrah terpaksa ditangguhkan 1 April, tahun ini,”katanya.

Menurut firman, seramai 20 orang dalam rombongan mengerjakan umrah termasuk dirinya dan tiga orang ahli keluarga beliau.

Terdahulu, beliau mengumumkan bahawa beliau dan keluarga akan mengerjakan umrah pada 22 Mac depan.

Beliau berkata demikian ketika diwawancara semasa Konsert Sulung Kupi-Kupi fm di Dewan KDCA, disini, semalam.

Sementara itu, Firman berkata bahawa beliau akan memberi sepenuh perhatian kepada lagu single kedua beliau yang bertajuk ‘Paling’.

“Sebelum ini, saya memang fokus untuk mengerjakan umrah. Namun disebabkan penangguhan tersebut, saya buat masa ini akan memberi perhatian sepenuhnya kepada bidang muzik ini,”katanya. Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan