Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,667

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

FIRA Korea tandatangani MOU dengan Jabatan Perikanan Sabah

7:28pm 22/03/2016 Leolerry Lajius 28 views Tempatan
Dr. Kang (kanan) bersama Dr. Ahemad saling bertukar perjanjian yang telah ditandatangani sambil diperhatikan oleh Hj. Ujang.-Gambar Oleh Alex Mairin

Dr. Kang (kanan) bersama Dr. Ahemad saling bertukar perjanjian yang telah ditandatangani sambil diperhatikan oleh Hj. Ujang.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Sebagai langkah meningkatkan pengurusan sumber perikanan persisiran pantai, satu perjanjian persefahaman antara Korea Fisheries Resources Agency (FIRA) Republik Korea dengan Jabatan Perikanan Sabah telah dimeterai pada hari ini, dalam satu majlis penandatanganan MOU di Wisma Pertanian.

Perjanjian ini merupakan persefahaman rasmi pertama antara Jabatan Perikanan Sabah dengan FIRA Korea dalam pengurusan sumber perikanan persisiran pantai.

Menurut Presiden FIRA Korea Dr. Kang Young Sil, persefahaman ini bertujuan mengukuhkan kerjasama antara kedua-dua pihak bagi pelaksanaan projek pengurusan dan penerokaan sumber perikanan pesisir pantai.

“Projek kerjasama ini merangkumi perkhidmatan juruperunding dan pertukaran teknologi yang berkaitan dengan pembangunan pengurusan sumber perikanan secara mampan,”katanya.

Majlis penandatanganan itu disempurnakan oleh Pengarah Perikanan Sabah Dr. Ahemad Sade bersama dengan Presiden FIRA Korea yang juga turut dihadiri oleh Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah Datuk Hj. Ujang Sulani.-Oleh Leolerry Lajius /Sayang Sabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan