Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,695

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Filipina sahkan tebusan kedua Kanada dipenggal

11:53am 14/06/2016 Pak Roshan 189 views Global
GAMBAR fail dari rakaman video tawanan militan Abu Sayyaf, Robert Hall (kiri) dan John Ridsdel. - Foto AP

GAMBAR fail dari rakaman video tawanan militan Abu Sayyaf, Robert Hall (kiri) dan John Ridsdel. – Foto AP

MANILA: Pihak berkuasa Filipina mengesahkan seorang lagi warga Kanada mati dipenggal militan Abu Sayyaf, mangsa tebusan Kanada kedua dibunuh dalam tempoh dua bulan selepas tuntutan wang tebusan yang besar gagal dipenuhi.

Robert Hall, diculik dari sebuah jeti marina September lalu bersama seorang lagi warga Kanada, Norway dan Filipina.

Terdahulu, warga Kanada yang juga bekas eksekutif perlombongan, John Ridsdel, dipenggal pada April lalu.

Jurucakap Presiden, Herminio Coloma mengutuk “pembunuhan kejam dan tidak masuk akal” ke atas Hall.

Hall ditahan oleh kumpulan Abu Sayyaf di dalam hutan di Wilayah Sulu di selatan selama sembilan bulan.

Kerajaan Filipina berikrar untuk menamatkan tindakan keganasan militan. – AP/BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan