Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Filipina nafi militan Daish bunuh 100 askar

10:09am 15/04/2016 Pak Roshan 86 views Global

abu-sayaff

Manila: Tentera Filipina menafikan dakwaan kumpulan Daish bahawa anggota militan membunuh ramai askar kerajaan dalam satu serang hendap baru-baru ini.

Tentera juga mendakwa tidak bukti menunjukkan militan Daish mempunyai hubungan secara langsung dengan kumpulan pemberontak di selatan negara itu.

Seramai 46 orang termasuk 18 askar terbunuh dalam beberapa pertempuran dengan kumpulan Abu Sayyaf di pulau Basilan pada minggu ini.

Pertempuran dengan kumpulan pemberontak itu masuk hari keenam semalam.

Kumpulan Daish baru-baru ini mendakwa bertanggungjawab membunuh hampir 100 askar Filipina dan meletupkan tujuh trak yang membawa mereka.

Bagaimanapun, jurucakap tentera Filipina, Restituto Padilla berkata, dakwaan kumpulan Daish itu satu propaganda dan ia mempunyai banyak kelemahan serta tidak konsisten.

“Kami kehilangan 18 askar, tetapi berjaya membunuh 28 anggota Abu Sayyaf sejak pertempuran tercetus pada Sabtu lalu.

“Kami akan terus memburu mereka dan tidak akan berhenti sehingga mencapai kemenangan mutlak,” katanya.

Abu Sayyaf yang terkenal dengan jenayah menculik warga asing untuk menuntut wang tebusan pernah mengisytihar kesetiaan terhadap kumpulan Daish.

Namun, Padilla memberitahu, sehingga kini tiada bukti menunjukkan kumpulan Daish mempunyai hubungan dengan Abu Sayyaf. – Reuters/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan