Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Filipina minta jangan bayar wang tebusan

10:45am 21/04/2016 Pak Roshan 6036 views Global
DUA lelaki warga Kanada dan seorang warga Norway yang kini diculik militan Abu Sayyaf.

DUA lelaki warga Kanada dan seorang warga Norway yang kini diculik militan Abu Sayyaf.

Manila: Tentera Filipina tidak menggalakkan pembayaran wang tebusan bagi membebaskan mangsa culik dalam usaha menghentikan ‘industri’ penculikan oleh kumpulan militan di selatan negara itu, kata pegawai semalam.

Baru-baru ini, seorang menteri Indonesia memberitahu, sebuah syarikat Taiwan bersedia membayar wang tebusan untuk membebaskan 10 anak kapal warga Indonesia yang diculik kumpulan Abu Sayyaf.

Ketika ini 14 anak kapal warga Indonesia dan empat warga Malaysia diculik dalam tiga serangan berasingan terhadap bot tunda di perairan Filipina yang berhampiran dengan sempadan dua negara itu.

“Tentera Filipina masih terus menggalakkan semua pihak mematuhi dasar kerajaan yang tidak membayar wang tebusan.

“Tentera tidak mahu menggalakkan ‘industri’ yang mula berkembang ini dan memutuskan aliran dana yang boleh mengukuhkan lagi kedudukan kumpulan militan,” kata Jurucakap tentera Filipina, Restituto Padilla.

Menteri Hal Ehwal Politik, Undang-undang dan Keselamatan, Luhut Pandjaitan dipetik sebagai berkata, syarikat perkapalan Taiwan sedia membayar wang tebusan 50 juta peso (RM4.2 juta) bagi membebaskan 10 anak kapal yang diculik sejak lewat Mac lalu. – Reuters/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan