Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Filipina jangka menang tuntutan

filipina-keluhkan-reklamasi-laut-china-selatan-hjY

Manila: Filipina menjangka tribunal Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu akan membuat keputusan memihak kepadanya berkaitan dengan pertelingkahan dengan China mengenai perebutan wilayah di Laut China Selatan.

“Kami sudah bersedia. Kami percaya kami mempunyai bukti perundangan amat kukuh. Dan kami percaya tribunal itu akan memihak kepada kami,” kata jurucakap presiden Abigail Valte.

Menteri Luar Albert del Rosario akan mengetuai perwakilan Filipina ke perbicaraan arbitrasi itu di The Hague pada 7 hingga 13 Julai ini. Dia akan dibantu dua peguam yang berpejabat di Amerika Syarikat.

China enggan menyertai prosiding itu.

Filipina antara pengkritik
paling lantang terhadap tuntutan China di Laut China Selatan.

Beijing mengukuhkan tuntutannya dengan membina pulau buatan manusia di kawasan terumbu yang menjadi rebutan.

Selain kedua-dua negara itu, Vietnam, Taiwan, Malaysia dan Brunei turut menuntut sebahagian daripada kawasan berkenaan. – Agensi/HMetri

Komen


Berita Berkaitan