Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,750

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Filipina, Indonesia Sokong Inisiatif Malaysia Adakan Rondaan Di Laut Sulu

11:15am 11/09/2016 Pak Roshan 1018 views Isu Semasa,Mutakhir

esscom2411-600x367

TAWAU : Inisiatif Malaysia mengadakan rondaan bersama di perairan Laut Sulu mendapat sokongan dari dua negara jiran iaitu Indonesia dan Filipina, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Katanya, inisiatif yang dicetuskannya itu dipandang rasional dan tepat bagi mengekang isu jenayah rentas sempadan, penyeludupan serta penculikan.

Menurutnya, rondaan bersama itu dapat dilaksanakan dalam waktu terdekat selain perbincangan antara ketiga-tiga negara akan diadakan bagi menentukan waktu serta kawasan.

“Saya sendiri telah bertemu rakan sejawatan saya dari Indonesia dan Filipina ketika Mesyuarat Trilaterial di Bali pada awal Ogos lalu bagi membincangkan dengan lebih lanjut berhubung kaedah terbaik untuk memperkasa keselamatan di Laut Sulu.

“Berdasarkan kejayaan koordinasi rondaan bersama perairan, pengawasan udara dan perkongsian risikan yang diguna pakai selama lapan tahun di perairan Selat Melaka, ia amat sesuai dilaksanakan di Laut Sulu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kalabakan dekat sini, hari ini.

Dalam pada itu Hishammuddin berkata pertemuan seterusnya bersama Filipina dan Indonesia akan diadakan pada 29 Sept hingga 1 Okt 2016 di Hawaii, Amerika Syarikat.

“Setiap perkembangan dan perbincangan berkenaan idea-idea baharu bersama rakan-rakan sejawat dan pemimpin tertinggi negara ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa termasuk dalam mesyuarat seterusnya yang dijangka dilaksanakan pada awal November nanti,” katanya.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan