Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,736

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Filipina hantar tambahan 2,500 tentera gempur Abu Sayyaf

11:06pm 30/08/2016 Pak Roshan 3256 views Global
TENTERA Filipina menghantar tentera tambahan untuk menggempur militan Abu Sayyaf. - Foto AFP

TENTERA Filipina menghantar tentera tambahan untuk menggempur militan Abu Sayyaf. – Foto AFP

JOLO: Filipina menghantar 2,500 tentera tambahan untuk menggempur militan Abu Sayyaf selepas 15 anggota terbunuh dalam pertempuran sengit dekat sini, baru-baru ini, kata pihak berkuasa.

Jurucakap pejabat presiden, Ernesto Abella, berkata semua tentera terbabit dikerah ke Jolo dan beberapa pulau berhampiran.

 “Tumpuan presiden adalah memastikan ancaman daripada kumpulan Abu Sayyaf perlu dipatahkan secepat mungkin,” kata Abella kepada wartawan di Manila.

Presiden Rodrigo Duterte yang baru dua bulan mengambil alih jawatan, pada awalnya meminta Abu Sayyaf untuk meletakkan senjata tetapi mengubah pendirian lebih tegas apabila tawarannya ditolak.

“Keluar dan musnahkan mereka. Bunuh tanpa mengira siapa mereka,” kata Duterte minggu lalu, merujuk kepada kumpulan militan yang berpangkalan di selatan negara itu.

Jurucakap tentera wilayah Major Filemon Tan, berkata tentera tambahan sudah menyertai dua pasukan yang sedang bertempur. Beliau menolak untuk mendedahkan jumlah sebenar tentera yang terbabit.

“Kami yakin dapat mencapai sasaran yang sudah ditetapkan Duterte tetapi cabaran seperti bentuk muka bumi yang mencabar dan sokongan penduduk tempatan kepada Abu Sayyaf memberi mereka kelebihan,” katanya. – AF/BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan