Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,721

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Filipina benarkan Malaysia, Indonesia buru penculik di perairannya

10:19pm 10/11/2016 Pak Roshan 1548 views Berita Pilihan,Isu Semasa,Mutakhir
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Rodrigo Duterte (kiri) semasa menerima kunjungan Presiden Filipina itu di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto BERNAMA

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Rodrigo Duterte (kiri) semasa menerima kunjungan Presiden Filipina itu di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra hari ini. – Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Kerajaan Filipina membenarkan pasukan keselamatan Malaysia dan Indonesia yang memburu dan mengejar kumpulan penculik dan pengganas untuk memasuki sempadan perairan negara berkenaan, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, persetujuan itu dicapai pada mesyuarat dua hala antara beliau dengan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, di sini hari ini.

Beliau berkata, ia satu perkembangan baharu bagi menangani isu penculikan warga tempatan terutama di Sabah yang didalangi kumpulan culik untuk tebusan yang semakin membimbangkan.

“Berikutan itu menteri pertahanan dari tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Filipina akan bermesyuarat pada 22 November ini di Vientiane, Laos, bagi membincangkan prosedur operasi standard (SOP) dan aspek perundangan sebelum ia dapat dilaksanakan,” katanya pada sidang media di sini.

Sehingga kini 10 kes penculikan membabitkan warga Malaysia dilaporkan dengan lima daripada mangsa masih dalam tahanan kumpulan penculik berkenaan.

Najib juga berkata, proses perdamaian di selatan Filipina memasuki fasa pemantauan dan bukan lagi fasa rundingan.

“Dalam hal ini, Presiden Duterte menghargai peranan dimainkan Malaysia, namun kerajaannya tidak memerlukan lagi orang tengah,” katanya.

Selain itu, Perdana Menteri berkata kira-kira 7,000 pendatang haram Filipina di Sabah akan dihantar pulang ke negara mereka secara berperingkat dalam masa terdekat. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan