Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Filem Ola Bola Kutip RM2.5 Juta Dalam Masa 4 Hari

11:46am 02/02/2016 Pak Roshan 25 views Hiburan,Mutakhir

ola-bola

FILEM setiakawan dalam pasukan bola sepak, Ola Bola yang mula ditayangkan pada 28 januari lalu berjaya mencatat kutipan RM2.5 juta dalam masa 4 hari.

Henry Tan, Ketua Pegawai Operasi Astro berkata filem itu bukan sahaja memaparkan sukan bola sepak, tetapi ia menunjukkan semangat perpaduan yang ada di Malaysia.

“Filem ini juga memiliki jalan cerita yang sesuai ditonton oleh semua lapisan rakyat di mana peminat sukan bola sepak boleh menikmati aksi bola sepak dan semangat berpasukan, manakala penonton yang meminati aksi komedi pasti akan terhibur dengan gelagat lucu yang ditampilkan”

ola-bola-563x353

“OlaBola juga turut membawa penonton mengimbau kembali era tahun 80-an menerusi pakaian, rambut, pesta karnival dan stadium pada ketika itu,” kata Henry dalam satu kenyataan dipetik daripada Astro Awani.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan