Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

FGV Serah Zakat RM3.27 Juta Kepada Pusat Zakat Sabah

2:27pm 14/09/2016 Pak Roshan 93 views Berita Pilihan,Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

image

KOTA KINABALU : Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) hari ini menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM3.27 juta kepada Pusat Zakat Sabah, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

Zakat itu telah diserahkan oleh Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad kepada Setiausaha MUIS Yusof Abd Abbas yang disaksikan oleh Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri di sini.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Mohd Isa berkata jumlah zakat diserahkan FGV adalah berdasarkan keluasan tanah diberikan kepada Felda dan Sabah adalah negeri kedua yang mempunyai keluasan tanah terbesar selepas Pahang.

Felda mempunyai lebih 300,000 hektar ladang sawit di seluruh negara dan 104,000 hektar daripada jumlah itu adalah terletak di Sabah.

Dalam perkembangan lain, Mohd Isa berkata FGV kini memberi tumpuan kepada penanaman semula pokok sawit di atas tanah seluas 15,000 hektar setiap tahun di ladang sedia ada bagi meningkatkan jumlah pokok muda berkualiti menjelang 2020.

Beliau juga berkata pihak lembaga pengarah FGV telah memutuskan tidak ada pembelian ladang baharu pada tahun ini dan syarikat itu hanya akan memberi perhatian kepada ladang sawit sedia ada.

“Pada tahun akan datang, ia (pembelian ladang baharu) bergantung kepada keadaan,” katanya.

— BERNAMA

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan